Friends listen, laugh and forgive,endure your foibles and share your confidences-wonderful. Happiness is made to be shared.When we can share- that’s poetry in the prose of life.
<

Keberhasilan itu dapat dicapai bila anda menjadi buah bibir yang baik

Sesungguhnya Allah yang memberikanmu kecukupan pada hari kelmarin,Dia pulalah yang akan memberi kecukupan kepadamu pada hari esok.

     Diriwayatkan oleh Atha Ibnu Abi Rabah, Ia berkata: "Ibnu Abbas Radhiyallahu "anhuma berkata kepadaku:"Mahukah aku tunjukkan seorang wanita penghuni syurga? " Aku menjawab:"Mahu!" Ia berkata:"Seorang berkulit hitam pernah menemui Rasulullah SAW, kemudian berkata:"Sesungguhnya penyakit ayan yang aku deritai sering menyingkap auratku. Maka berdoalah kepada Allah SWT untuk kesembuhanku." Rasulullah SAW bersabda:

Jika engkau mahu bersabar, engkau akan memperolehi syurga. Namun jika engkau mahu sembuh, aku akan berdoa agar Alla SWT menyembuhkan penyakitmu.

Dia menjawab:"Aku memilih untuk bersabar. Namun auratku sering tersingkap tanpa aku sedarim maka berdoalah kepada Allah agar aku tidak demikian. "Lalu beliau pun mendoakannya.(Muttafaqun ‘alaih)

      Wanita ini adalah seorang yang mukmin lagi bertaqwa. Dia redha dengan cubaan yang selalu dalam kehidupan dunia yang fana ini kerana mengharapkan syurga sebagai imbalannya. Sesungguhnya dia beroleh keuntungan dalam jual-belinya sehingga ia menjadi calon penghuni syurga. Akan tetapi, dia menolak bila orang lain melihat auratnya saaat ia dalam keadaan ayan, kerana hal ini tidak layak bagi seorang wanita muslimah yang pemalu lagi bertaqwa.

April 5th, 2007 at 8:52 pm


2 Responses to “Wanita calon penghuni syurga”
  1. 1
      Sekut Snek says:

    ayan tu apa ek?

  2. 2
      asyzsufi says:

    Ya Allah, saya tak mampu jd seperti itu…tak mampu